PAS Desak Siasat Sijil Anak Negeri Tanpa Pilih Buluh


Oleh : RAHIMIN MUSTAPA

TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah menyambut baik tindakan kerajaan negeri untuk menyiasat penggunaan sijil anak negeri (SAN) yang diperolehi melalui jalan tidak beretika.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi satu laporan akhbar tempatan di mana isu yang berpunca dari perdebatan di DUN Sabah berkaitan seorang ADUN DAP dari Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin (DAP) yang didakwa mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan menyebabkan anggota BN dari UMNO, Datuk Samsuddin Yahya, telah mendesak Polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Adun tersebut.

PAS Sabah menegaskan agar kerajaan tidak memilih bulu dan hanya menjadikan individu yang tidak sehaluan dengan parti Barisan Nasional sebagai mangsa.

“Ramai dikalangan taukeh-taukeh besar yang memiliki sijil anak negeri palsu bagi membolehkan mereka memiliki tanah adat dan membuka ladang-ladang besar serta membolot projek-projek kerajaan yang dikhususkan untuk Bumiputera serta anak-anak mereka mengikuti pengajian di UiTM tetapi terselamat hanya kerana mereka dikaitkan dengan menyokong UMNO/BN,” ujar Hamzah yang mempunyai banyak bukti berhubung amalan songsang ini.

Berita mengenai pemalsuan dan penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu ini kata Hamzah, tersebar secara meluas di laman-laman blog serta akhbar tempatan tetapi pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, tidak menunjukkan keghairahan mereka untuk menyiasat jenayah keji ini yang sinonim dengan perangai UMNO.


"Kalau nak tipu boleh, nak selamat dari disiasat pihak berwajib akibat dari perangai menipu boleh, yang penting mesti sokong UMNO/BN", ujarnya lagi.



Hamzah berkata SAN tidak diperlukan kerana mana-mana anak yang dilahirkan oleh suku kaum yang diiktiraf sebagai anak negeri pastinya nama suku kaum tersebut akan dicatit dalam sijil lahir mereka. Jadi apa perlu untuk memohon SAN?

"Pengumuman oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Mohd Noor tentang pembekuan pengeluaran SAN sebenarnya hanya mendedahkan individu-individu tertentu yang memiliki kuasa, menyalahgunakan proses pengeluaran SAN tersebut kerana dibimbangi ia dibuat bukan berdasarkan kelayakan pemohon tetapi lebih kepada berapa harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan SAN tersebut", katanya lagi yang membidas Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri yang menjadi dalang mengesahkan Sijil Anak Negeri Palsu kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengesahkan sesuatu sijil yang dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri.





Beliau selanjutnya menegaskan bahawa pendedahan mengenai perangai buruk orang-orang yang berkuasa di Majlis Hal Ehwal Anak Negeri akan dibuat dalam waktu yang terdekat.

Sijil perakuan Bumiputera (sijil anak negeri) ini telah dibekukan oleh Kerajaan BERJAYA pada tahun 1982 ekoran daripada penyalahgunaan kuasa dan pemberian dokumen tersebut kepada golongan yang tidak layak memilikinya.


Sila Baca Lagi....

Salam Lebaran....










Selamat Hari Lebaran Aidil Fitri Mulia kepada semua umat Islam. Moga kemenangan sesudah sebulan mujahadah kita diterima di sisi Allah s.w.t


Sila Baca Lagi....

UMNO Should Refrain From Further Misleading The Muslims!




PAS Sabah concurred with the stance taken by JIM (Jemaah Islah Malaysia) women's movement chief, Assoc Prof Dr. Harlina Halizah Siraj demanding the Syariah Judiciary to show full commitment towards implementing Islamic teach
ing on controversy surrounding part-time model, Kartika Sari Dewi.



PAS Sabah regretted the attitude of some UMNO leaders who were very critical and unsupportive of the caning sentence as meted out by Pahang Syariah High Court. I personally viewed the behaviour of these UMNO leaders as one who were scared of how "the outside world would perceive and react" rather than "to fear Allah and His wrath for abandoning the punishment ordained in the Quran"



All this while the UMNO Muslim leaders were telling the Muslim community that Malaysia is a great model of Islamic country practising the true teachings of Islam. The UMNO Muslim leaders, in the past, told the Malaysian Muslims that preparations were underway to meet the manpower needs for the implementation of Syariah laws. When Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi's term to helm the nation as the 5th Prime Minister taking over from Tun Dr. Mahathir, he introduced a new version of Islamic brand dubbed the "Islam Hadhari". It was just yet another attempt to slow down the growing enthusiasm of the Muslims to see the real implementation of the genuine Islamic laws as outlined in the Quran and words of the noble Prophet Muhammad s.a.w.


Millions of ringgit were spent to organise forums, seminars, etc., with aims to convince the people that Islam Hadhari does not run contrary to the real Islam propagated by the noble Prophet Muhammad s.a.w. Yet, nothing substancial resulted, money, time and energy were wasted, the Muslims were further brought to confusion, and the Islam Hadhari became mocked by the n
on-Muslims. The non-Muslims made joke of the religion by saying that there were now two different versions of Islam and they couldn't comprehend which of the two were true Islam.


In response to Sabah Muslim Women Lawyers Association (Salwa) President, Noor Azah Abdul Rahman's agreement with the admission by Datuk Seri Hishamuddin that the Syariah Judiciary does not have the expertise to carry out the whipping sen
tence, PAS Sabah viewed the statement as just a lame excuse stemming from their refusal to implement the hudud laws. It was a silent objection to the Syariah Judiciary to carry out the hudud punishment and one that only confirmed UMNO's consistency in objecting its implementation. What more could one say when the PAS-led government in Kelantan tried to implement the Syariah Panel Code, was warned by the then Prime Minister, Tun Dr Mahathir, that it could face severe consequences should it go ahead with the implementation.


There was then uproar made by several UMNO leaders led by Tun Dr
. Mahathir that if hudud laws were to be carried out, the Muslims would be left without hands and there would not be enough stones to meet the development requirement!! The same fate befell the PAS-led government in Trengganu way back in 1999. When the then Menteri Besar, Tuan Guru Dato Hj. Abdul Hadi Awang, announced in the State Assembly that Syariah Panel Code had been passed, UMNO leaders warned the police not to co-operate with the PAS government in exercising their duties such as arresting Muslims found to commit Syariah offences.



UMNO Muslim leaders should not continuously misled the people by giving weak excuses that the Syariah Judiciary lacked expertise in carrying out the whipping. After more than 50 years of independence, the nation had produced professionals in all fields. Medical doctors that need 6 years to complete their studies are now serving either at government hospitals or in private clinics. Just how long does it take to produce an expert in whipping? Must it take longer than a medical doctor's term of 6 years to graduate? Teachers who were given the authority to cane students who misbehave, were they ever given training? They were not trained, yet they cane students. Some students' parents even lodged police reports over excessive caning that led to injury.




If Malaysia can boast of being leader in the syariah-compliant Islamic financing globally, was it because UMNO crazes only for money and anything with monetary gains? There was hardly any professionals that could deal with Islamic finances and banking system initially, but yet because it brings about monetary rewards to the nation, opportunities were in abundance for the people to train in these sectors.


Malaysia is indeed one of the leading nation that produces expertises in the syariah-compliant Islamic finances and banking system. Why the lame excuse that the Syariah Judiciary lacked expertise in carrying out the whipping sentence? Is it because of the fear that there indeed are some leaders who indulge in liquour consumption and could one day end up being whipped in the public?

HJ. HAMZAH ABDULLAH
Sabah PAS Deputy Commissione


Sila Baca Lagi....

"Khutbah Yang Sentiasa Segar"


Ada khutbah dibaca, ada khutbah disampaikan. Khutbah yang dibaca, yang biasanya disediakan oleh jabatan agama, hanya seperti membaca skrip lakonan yang ditulis ikut selera pengarah filem.


Lazimnya khutbah yang dibaca ini menjurus
kearah membahaskan isu remeh temeh seperti mematuhi undang-undang jalanraya, hari-hari yang disunatkan memotong kuku, memaksa orang untuk bersatu padu, tetapi tidak pula menyatakan apa dia asas dan pendekatan untuk mencapai perpaduan tersebut, dan berbagai lagi.


Khutbah yang disampaikan selalunya mempunyai intipati yang menyentuh persoalan dan isu-isu semasa yang bersangkutan dengan kehidupan masyarakat, khususnya umat Islam.


Bersolat fardhu Jumaat disalah sebuah masjid dalam kawasan Batu Sapi kelmarin memang suatu pengalaman yang cukup bermakna. Isi khutbah yang disampaikan oleh Hj. Hamzah Abbdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
, yang juga YDP PAS Batu Sapi, menyentuh isu berkaitan kepemimpinan dan perhitungan di padang mahsyar bagi mereka yang mengkhianati amanah yang dibebankan keatas bahu para pemimpin.


Peringatan juga diberikan kepada para jemaah bahawa Allah akan mempersoalkan jika tangan yang dianugerahkan Allah ini telah kita gunakan bagi mengukuhkan institusi yang mendaulatkan undang-undang ciptaan manusia.






Selanjutnya dalam khutbah yang disampaikan oleh beliau, diselitkan juga peringatan kepada pemimpin yang berkuasa agar mempastikan k
ebajikan rakyat diberi perhatian serius supaya tidak ada lagi mereka yang menghuni kampung halaman sejak berpuluh tahun terus dikategorikan sebagai setinggan.


Beliau menuntut agar pemerintah menyediakan kawasan bagi mengekalkan budaya hidup berjiran dikalangan umat Islam dan jalan terbaik bagi mencapai matlamat ini ialah mempertahankan kampung halaman yang sedia telah lama wujud di Negeri ini. Adalah suatu yang ganjil untuk melabelkan sebuah perkampungan sebagai kampung haram, tetapi yang jelas haram seperti arak, judi, pusat pelacuran, karaoke, dilesenkan sehingga menjadi halal!!


Selesai menunaikan fardhu Jumaat, saya berkesempatan meninjau pandangan para jemaah. Rata-rata mereka berpuas hati dengan khutbah yang disampaikan serta mendapat gambaran yang jelas tentang kewajipan untuk memilih pemimpin yang adil.

Kiriman: IBNI MUJAHID



Sila Baca Lagi....

Engineer atau Enjin Air?!



Oleh: HAMZAH ABDULLAH

APAKAH secara kebetulan, atau memang dirancang, hanya pihak tertentu dalam MPS sahaja yang mempunyai jawapannya. Saya amat bersimpati dengan keluhan penduduk di Taman Tinosan, Batu 4, Sandakan, apabila mengetahui aduan yang telah mereka laporkan kepada MPS mengenai saliran kumbahan najis yang disambungkan dari sebuah taman perumahan baru di belakang rumah mereka iaitu Taman Millinieum, ke tempat kumbahan najis dalam kawasan sempadan taman perumahan Taman Tinosan, telah tidak dipedulikan oleh MPS.

Saya begitu kesal sekali di atas sikap alpa dan tidak ambil peduli MPS berkaitan aduan ini dan bertanya kepada diri saya apakah sikap MPS itu didorong oleh sebab bahawa hampir kesemua penghuni di kawasan yang terlibat ini adalah penduduk bumiputera. Apakah MPS akan segera bertindak sekiranya aduan dibuat oleh sebuah taman perumahan yang didominasi oleh penduduk bukan bumiputera?



Saya tidak pernah melihat lagi dalam mana-mana taman perumahan yang saliran kumbahan najis diletakkan di atas tanah dan bukannya ditimbus dalam tanah. Saya juga bertanya di mana sebenarnya sikap professional MPS dalam membuat pemantauan supaya garis panduan yang mesti dipatuhi oleh sesebuah pemaju perumahan dilaksanakan!


ENGINEER.... Inikah kualiti kerja 'Engineer' MPS atau hanya layak menjadi 'Injin Air'

Menyambung saliran kumbahan najis dari sebuah taman perumahan baru ke dalam saliran di sebuah taman perumahan berdekatan adalah bercanggah dengan peraturan pelan pembangunan dan sikap membisu pihak penguatkuasa hanya mendorong orang ramai membuat andaian bahawa ada 'sesuatu yang sedang berlaku di balik tirai'.

Sehubungan dengan masalah ini, saya telah menulis satu surat bantahan kepada MPS bagi pihak penduduk Taman Tinosan dan telah menyerahkannya kepada Presiden MPS pada 25 Ogos, 2009, untuk tindakan sewajarnya. Ini adalah suatu permulaan tindakan secara diplomasi. Moga-moga ianya tidak memerlukan tindakan selanjutnya dalam bentuk yang lain pula.


Sumber : Sabahkini.net


Sila Baca Lagi....

Hukum Sebat antara Islam & Sivil



Keputusan Mahkamah Syariah di Kuantan sebelum ini
telah mencetuskan polimek dikalangan banyak pihak. Ada yang menyokong, tidak kurang pula yang menentang. Kalangan yang bercita-cita untuk mengegakkan syariat Islam berpendapat keputusan itu wajar kerana ia selari dengan roh Syariat itu sendiri. Bagi yang menentang pula memberi berbagai alasan termasuk ia adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan, apa lagi yang dijatuhkan hukum itu adalah wanita.



Dalam kunjungan penulis bersama-sama rombongan Persatuan Ulama Malaysia ke Banda Acheh pada akhir Jun yang lalu, kali dimaklumkan hukuman sebat keatas bagi kesalahan mabuk, berjudi, khalwat dan ajaran sesat telah lama dilaksanakan di sana. Ia adalah dibawah kesalahan ta'zir dalam Undang-undang Jenayah Islam. Dua gambar yang disertakan ini menunjukkan pelaksaan hukuman sebat tersebut. Sila bandingkan pelaksaan itu dengan hukum sebat yang dilaksanakan untuk kesalahan-kesalahan sivil yang saya perturunkan gambarnya bagi foto ketiga dan keempat.





Sumber : drfauzee.blogspot.com


Sila Baca Lagi....

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem




Kata-kata yang ingin dimasukkan ke dalam Read More.


Sila Baca Lagi....