Pertarungan yang begitu lama diantara penjual daging babi di Pasar Labuan dengan pihak berkuasa Labuan Corporation (LC), akhirnya menyaksikan para peniaga babi menjulang trophy kemenangan mengalahkan LC. Para peniaga babi di Labuan mendapat tapak baru bersebelahan jeti Jabatan Perikanan Negeri sementara menunggu siapnya kawasan kekal dipasar baru berharga RM27 juta. Para penjual daging babi menentang arahan supaya berpindah ke pasar baru yang telahpun siap yang berharga RM1.2 terletak di Kg Sg.Keling demi keselesaan semua pihak khususnya menjaga sensitivit umat Islam yang sering berulang alik ke pasar tersebut. Tak pasal-pasal wang sejumlah RM1.2 juta hangus dengan sia-sia...
Satu ketika kita juga pernah dihidangkan dengan berita yang dipaparkan oleh TV3 suku bagaimana polis FRU juga terpaksa mengaku kalah dalam usaha pihak berkuasa di Melaka bagi memindahkan babi-babi yang mempunyai colony begitu besar ketempat lain. Maka kedengaranlah gegak gempita suara Menteri Besar Negeri Sembilan yang tidak membenarkan lori yang membawa babi-babi berkenaan melalui kawasan dinegeri yang diperintahnya. Yang anehnya, FRU tak beranipun bertindak keatas pemilik ladang babi yang mengengkari perintah untuk memindahkan babi-babi mereka sebagaimana tindakan ganas yang mereka pamerkan sewaktu menyuraikan para penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman. Pelik..pelik...saya merasakan bahawa adalah elok jika dalam mana-mana demonstrasi yang bakal diadakan dimasa akan datang, pastikan setiap seorang demonstran membawa seekor babi...barulah aman..
Di Sandakan, satu kawasan yang agak luas telah dikenal pasti sebagai lokasi sesuai untuk memindahkan ladang-ladang babi yang berselerak dimerata tempat. Tak jauh dari SMK Agama Taman Mawar, Sandakan, terdapat sebuah ladang babi haram yang mengeluarkan bau busuk yang dihidu setiap hari oleh warga SMK Agama. Tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk meredakan keadaan ini. Pemilik ladang babi pula seolah-olah berkata..."pergi mampuslah kamu warga SMK Agama...apa aku peduli...kalau ada pihak berkuasa datang...aku akan bawa babi berdepan dengan mereka...atau aku tampar saja mereka dengan kertas cop Bank Negara...selesai masalah." Inilah realiti kehidupan di Malaysia...kita diajar supaya bertolak ansur..jaga sensitiviti kaum lain...jangan timbulkan perpecahan, etc., etc.,..
Tetapi, apakah kita sedar bahawa sebenarnya maruah kita sebagai umat Islam saban hari dicabar, dipijak-pijak oleh kaum yang memandang rendah terhadap kita lantaran kita mundur dalam hampir semua bidang. Kalau bidang ekonomi jangan cakaplah saudara-saudara...hak kita dirampas disiang hari didepan mata kita!! Pemalsuan Sijil Anak Negeri oleh penyangak-penyangak yang mempunyai link dengan sang penguasa terus bermaharajalela dan dengan lahapnya menguasai sebahagian besar tanah-tanah berstatus NT. Tidak cukup dengan perbuatan yang tidak bermoral dan beretika itu, para pemilik syarikat-syarikat yang memalsukan identiti kononnya mereka sebagai Bumiputera/ Anak Negeri, telah turut serta membida projek-projek besar yang diperuntukan kepada syarikat-syarikat Bumiputera tulen!! Terdapat juga sebuah syarikat Class A yang sedang membina projek perumahan di Batu 7, Sandakan, tersenarai sebagai syarikat Bumiputera, kerana tauke/pemilik syarikat tersebut telah meletakkan beberapa nama orang-orang Melayu lulusan Civil Enginees, economist, etc., sebagai Board of Directors yang konon memiliki bebarapa peratus ekuiti dalam syarikat tersebut. Syarikat-syarikat milik tauke-tauke Cina ini biasanya menggunakan nama Bumi dalam syarikat mereka, e.g Bumisetia Development, Bumi Mekar, Bumijuta, semata-mata untuk mengaburi mata pihak-pihak tertentu...
Apabila meletus isu ladang babi yang mencemar alam sekitar, maka pihak berkuasa seperti Jabatan Tanah, akan membuat kenyataan bahawa pemilik ladang babi telah melanggar syarat penggunaan tanah, seperti yang berlaku disebuah kawasan di Papar. Para penduduk yang membuat protes diatas kehadiran ladang babi tersebut termasuk dari kalangan masyarakat Tionghua juga. Tetapi kita lihat seperti tiada kesudahan dan penghujungnya aduan dan protes yang mereka paparkan melalui media massa. Begitu juga dengan pusat penyembelihan babi di Kg. Berjaya, Kedah, yang telah beroperasi sejak UMNO/BN memerintah, tidak pernah disentuh oleh pihak penguasa dizaman pemerintahan UMNO/BN. Tetapi, apabila kerajaan PAS bertindak meroboh pusat penyembelihan tersebut, maka seluruh juak-juak UMNO terpekik telolong seperti terkena hysteria bahawa kononnya PAS telah bertindak atas dasar perkauman!!
UMNO/BN sebenarnya hanya berani bertindak keatas perobohan surau sebagaimana berlaku di Ampang, merobohkan Kg. Berembang di Shah Alam (walaupun ramai penduduk disitu sebahagiannya adalah bekas veteran perang yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan dan mereka ahli UMNO). Tidak lama lagi kita akan mendengar bahawa masyarakat pribumi di Kota Belud akan kehilangan padang ragut milik mereka yang didakwa bahawa tanah tersebut telahpun bertukar milik atas nama beberapa individu tertentu. Begitu juga di Daerah Papar, kita lihat dalam media massa bagaimana mereka menentang pengusiran dari kampung yang telah mereka diami sejak zaman berzaman dan mereka ditakrifkan sebagai setinggan. Bagi UMNO, mudah untuk bersikap keras katas orang Melayu kerana mereka tidak takut akan dilabel sebagai anti-Melayu. Tetapi bila berhadapan dengan kepentingan kaum lain, walaupun orang Melayu terpaksa menghidu najis babi saban hari, mereka kecut untuk bertindak...takut hilang sokongan dan dilabel sebagai anti-sesuatu kaum tertentu.
UMNO boleh berkokok siang malam bahawa mereka berjuang untuk mempertahankan hak istimew orang Melayu...tetapi realitiknya mereka telah mengkhianati amanah yang diletakkan diatas bahu mereka. UMNO bercakap soal hak istimewa orang Melayu...tapi bila saya tanya orang UMNO apa itu hak istimewa orang Melayu...mereka tidak dapat menjawab secara jujur dan ikhlas!! Hak istimewa apa yang UMNO perjuangkan kalau sekadar untuk mempertahankan hak pribumi bagi terus mendiami kampung halaman dengan suasana berjiran, ipar duai mempunyai rumah disitu, kenduri kendara mudah dilangsungkan, ada kematian mudah diuruskan, setiap waktu solat khususnya waktu maghrib, mempunyai ramai jemaah dari penduduk sekitarnya etc., etc.,juga dileburkan??
Cukuplah dengan slogan, PEOPLE FIRST, PERFORMANCE NOW, yang tidak lebih dari hanya sebuah retorik politik bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat yang semakin pudar dan lenyap! Mana dia slogan LEADERSHIP BY EXAMPLE?? Mana dia contoh terbaik yang boleh dijadikan teladan oleh rakyat kalau dikalangan pemimpin UMNO pun 'bergasak' sama sendiri sehingga sanggup berbelanja berjuta ringgit semata-mata untuk menduduki takhta Ketua Bahagian dan Naib-Naib Presiden??
Kepada bangsa ku rumpun pribumi...kajilah dengan rasional apakah mulianya anda menjadi pribumi kalau anda terpaksa dihalau dari kampung halaman anda?? Apakah tidak mulia binatang babi apabila isu babi ditangani secara yang memihak dan memenangkan pemilik ladang babi dan para penjual daging babi dari kehinaan yang anda tanggung sebagai pribumi tetapi hatta untuk duduk mendiami secara aman disebuah kampungpun hak anda tersus dipertikai dan dinafikan??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment