
PAS Kawasan Batu Sapi bersama-sama penduduk peribumi Kg. Lupak Meluas, Batu Sapi, Sandakan telah mengadakan bantahan di atas usaha oleh pihak yang mahu mengusir mereka dari perkampungan yang telahpun didiami sejak lebih tiga dekad lamanya.
Perkampungan Tradisional Melayu Lupak Meluas berkeluasan 31.20 ekar itu berada dalam kawasan Parlimen Batu Sapi didiami sejak awal 70-an lagi oleh kira-kira tiga ribu penduduk pelbagai suku kaum seperti Bajau, Suluk, Bugis dan Brunei.
Bahkan ianya telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) ordinan Tanah Negeri Sabah 2002 dan terletak kira-kira sepuluh kilometer daripada Pusat Bandar Sandakan. Berniaga dan bekerja sebagai nelayan merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk Kg. Lupak Meluas.
Yang di Pertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hamzah Abdullah, dalam pertemuannya dengan penduduk Kg. Lupak Meluas, menegaskan bahawa masa hadapan mereka agak malap jika berterusan menyokong UMNO/BN.
Beliau selanjutnya meminta masyarakat Kg. Lupak Meluas untuk menoleh kebelakang di mana kampung halaman mereka yang sudah didiami berdekad lamanya, juga tidak selamat di bawah pemerintahan UMNO/BN.
Hamzah menegaskan bahawa jika Pakatan Rakyat diberi mandat dalam pilihanraya akan datang, tumpuan utama PAS Sabah ialah untuk memberikan hakmilik geran kampung ke atas semua kampung-kampung tradisional seluruh Sabah.
Beliau menasihatkan supaya penduduk kampung supaya terus berusaha, bersabar dan bermunajat kepada Allah swt moga-moga Allah mengagalkan cita-cita jahat UMNO/BN untuk merampas tanah yang menjadi tapak kampung halaman mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment